Jumaat, 9 Disember 2011

MARI BELAJAR BUAT KEK BELANG PELANGI, RESEPI MAK SAYA

Pernah makan kek belang?belang pelangi?tak kisah la kalau bukan berwarna seperti pelangi..makan kek mmg mudah tapi pernah cuba membuatnya?asyik tak jadi?malas?leceh?itu bukan alasan..mari saya tunjukkan..jom kita belajar!


KEK ini merupakan resepi mak saya yg telah diubahsuai drpd resepi asal yg mak saya pelajari. ala kek org kampung tapi mak sy olah untuk nampak moden dan rasa sedap.bahan-bahannya cukup mudah..


KEK BELANG PELANGI MAK SAYA ( MY MOM'S RAINBOW CAKE)


Bahan-bahan:


2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
3 cwn tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
pewarna ikut suka


(cukup senang bahan-bahannya bukan?)


Bahan-bahan kek..mudah kan? yang dah tersedia di dapur anda..




Langkah-langkah membuatnya:

1. Putar gula bersama majerin hingga kembang.(Guna pemutar elektrik atau dengan menggunakan tangan)
Putar gula dan majerin sampai kembang...

2. Masukkan telur sebiji-sebiji..putar hingga sebati..(pastikan telur dibasuh dahulu..)
masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga kembang dan sebati
3. Sementara itu, lengserkan acuan 9inci  dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.
Guna acuan empatsegi atau bulat. Mak saya suka guna acuan bulat sebab katanya belang akan lagi nampak cantik tapi saya suka guna empat segi kerana kata kawan-kawan yang menempah beritahu senang sikit nak potong kalau empat segi.
4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Gaul sebati.
Masukkan tepung...
5. Masukkan esen vanilla dan susu cair.Gaul sebati.
Tambah esen dengan susucair. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak.Esen vanilla bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak.

6. Adunan yang telah siap..
ini dia adunannya..

7. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna. Resepi asal mak saya cuma guna warna hijau dan pink sahaja tapi saya ubahsuai warna  hijau kepada warna biru..

warna asal, pink dan biru. bahagi kepada 2 atau 3 warna sahaja br nampak cantik belangnya.
8. Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna..bermula dari warna asal,kemudian pink dan biru. Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.

lapisan pertama..warna asal,


lapisan kedua, warna pink atau merah jambu


lapisan ketiga, warna biru

Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan dan..inilah hasilnya..
Cantik dan menarik bukan?
kek belang pelangi edisi Paddle pop

9. Setelah selesai, barulah boleh bakar kek..suhunya mengikut oven anda..bakar sehingga masak. (Oven saya: 165darjah Celcius selama 50 minit. Saya gunakan oven elektrik)

Proses membakar kek berlaku.
.(Oven ni dah lama tau!rasanya dah lebih seratus biji kek terhasil menggunakan oven ni)

10. Dah masak..inilah hasilnya..
Nyum-nyum, enak dimakan panas2..
selalunya waktu masih panas ni  bahagian tepinya menjadi rebutan.
11.  Sedia untuk dihantar kepada pelanggan..
Inilah hasilnya..
saya gelar ia kek belang pelangi Paddle Pop sebab ada warna biru dan pink macam aiskrim paddle pop


sedia untuk tempahan. kek dalam bekas jernih ini saya jual dengan harga RM25.00 sebiji.
warna belang adalah mengikut citarasa pelanggan sendiri.
Untuk Tempahan:
HASNIDAR MARLI 012-5538916
(Tempahan diterima untuk kawasan Teluk Intan, Hutan Melintang dan sekitarnya)
Begitulah caranya untuk membuat kek belang emak saya ni..Mudah dan ringkas bukan? Semoga anda berjaya membuatnya..SELAMAT MENCUBA!!!














11 ulasan:

  1. seronoknya dan mudahnya resipi ni

    BalasPadam
  2. Tq kak smoga dimurahkn rezeki akk amin... sy pnjm pic ye kak

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah menjadi..saya dah cuba. TERIMA KASIH share resepi..

    BalasPadam
  4. assalaimualaikum kak husna nak lek sedap

    BalasPadam
  5. Agaknye, kek yg km selalu beli melalui cikgu2 smk tok lela tu, dari kedai kek hasmidar le kot..saya suke cheese cake..rm25

    BalasPadam

Animated Dragonica Star Glove Pointer